.post img:hover { -moz-trnasform: scale(1.3) ; -webkit-transform: scale(1.3); -o-transform: scale(1.3) ; -ms-transform: scale(1.2) ; transform: scale(1.3) ;}
WILUJENG SUMPING

Rabu, 10 Juli 2013

INDAHNYA UKHUWAH FILLAH

INDAHNYA UKHUWAH FILLAH





Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia.
Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia.
Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia.
Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia.
Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut ,
Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja
dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian.
Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbina yang lahirnya semua dari hati..
jagalah hati kita wahai sahabat :)
ketahuilah
Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar